Pengerusi PUSPANITA WP Labuan 1983 hingga 2011

Wednesday, October 28, 2009

Pertandingan Liga Futsal

Pertandingan liga futsal anjuran PUSPANITA WP Labuan telah diadakan dengan jayanya pada 24 Oktober hingga 25 Oktober 2009 di gelanggang futsal Perbadanan Labuan. Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan yang telah berjaya mendapat pertama ialah pasukan SIGMA, tempat kedua jatuh kepada pasukan BERSATU FC dan menduduki tempat ketiga bersama jatuh kepada pasukan TIMBALAI FC dan FOR FUN FC. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang memenangi pertandingan liga futsal ini.



Pemenang... Pasukan SIGMA





Gadis-gadis futsal....maintain ayu gitu....






Wednesday, October 21, 2009

Berita....Rumah Terbuka PUSPANITA WP Labuan

Pada 19 Oktober 2009, PUSPANITA WP Labuan telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg Datin Noraini Idris.

Juadah yang menyelerakan...

Antara tetamu yang hadir

Suasana petang raya di penghujung syawal.....


Soto makasar Hjh Simai...nyamannn!

Berita... Lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak

Perjalanan bermula dengan menaiki bot...kelihatan puan diana telah disimbah ombak pagi....



Kenangan di Pekan Sarikin dan di Bulatan Kuching..semua lawa-lawa belaka



Puan Carol telah memenangi acara menyumpit manakala Puan Mirani dan Datin asyik menumbuk padi yang tak ada!!!



Kenangan di Kampung Budaya...... Puan Mirani, Ketua Rombongan...


Sibuk memilih cenderahati untuk dibawa pulang...yang lain sibuk bergambar kenangan....

hasilnya.........


Pada 15 Oktober hingga 18 Oktober yang lalu, Biro Sosial & lawatan telah berkunjung ke Kuching, Sarawak Pengerusinya Puan Mirani Majidi telah mengaturkan lawatan sepanjang berada di sana. Perjalanan bermula dengan menaiki bot Perbadanan Labuan menuju ke Menumbuk. Kemudian menaiki bas dari menumbuk ke Kota Kinabalu. Seterusnya menaiki kapal terbang menuju ke Bandar Kuching. Perjalanan udara, laut dan darat semuanya ditempuh dengan kesabaran dan akhirnya sampai kedestinasi lewat malam. Ahli PUSPANITA telah dibawa ke Kampung Budaya Sarawak, Kilang Kek Lapis Sarawak Dayang Salha dan ke Sarikin. Tak payah nak cerita panjang-panjang kita tengok gambar sudah cukup merasakan ahli-ahli PUSPANITA semuanya gembira! Syabas kepada Puan Mirani... tahun depan kena buat lagi!

Wednesday, October 14, 2009

FUTSAL! FUTSAL! FUTSAL!

Perlawanan Liga Futsal anjuran PUSPANITA WP Labuan akan diadakan pada 24 Oktober dan 25 Oktober bertempat di Gelanggang Futsal PL, Tanjung Purun. Pertandingan terbuka kepada WANITA Labuan sahaja..... Siapa-siapa yang ada group futsal or baru nak buat group futsal sila dapatkan borang penyertaan di kaunter Perkhidmatan, Wisma PL, Aras bawah atau Kaunter Penguatkuasa, Bangunan Pasar WP Labuan. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sahaja. Hadiah wang tunai menanti anda!!!!! jangan lepaskan peluang...

Tuesday, September 8, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pada 31 Ogos 2009 yang lalu, PUSPANITA WP Labuan tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara perbarisan di Padang Dataran Labuan. Sambutan sederhana itu berlangsung dari jam 07.30 pagi hingga 08.30 pagi. seramai 30 orang ahli PUSPANITA WP Labuan bersemangat untuk menyambut kemerdekaan kali ke 52. Syabas dan tahniah kepada ahli PUSPANITA WP Labuan yang telah memberikan komitmen sungguhpun sambutan Hari Merdeka tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia.



Barisan penuh semangat.... Merdeka tetap sambut kesihatan tetap jaga juga....




Tetap maintain walau panas dan dahaga melanda... cayala...


Monday, September 7, 2009

Aktiviti Biro Kebajikan

Pada sabtu, 5 september 2009, Biro Kebajikan PUSPANITA WP Labuan telah mengadakan program menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim di WP Labuan. Seramai 15 penerima sumbangan di seluruh WP Labuan telah di sampaikan sendiri oleh Pengerusi PUSPANITA WP Labuan dan ahli-ahli yang turut hadir. Sumbangan yang disampaikan setiap tahun ini adalah untuk meringankan beban kepada penerimanya terutamanya menjelang Hari Raya Idil Fitri yang akan disambut tidak lama lagi. Sumbangan adalah berupa wang tunai dan barang makanan harian.


Datin Hjh Dyg Pungut dan Puan Siti Zaharah berkesempatan menyampaikan sumbangan


Ustazah Rohana dan Y.Bhg Datin Noraini bersama penerima warga emas
Puan Sitti Suraya dan beberapa ahli PUSPANITA yang turut hadir

Terima kasih kepada Ahli-Ahli PUSPANITA WP Labuan yang telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan Program penyampaian sumbangan tersebut.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Kanak-kanak Istimewa di Pusat Komuniti WP Labuan

Pada Jumaat, 4 September 2009, Y.Bhg Datin Nafesah Raja Nong Chik telah sudi berkunjung ke Pusat Komuniti Lazenda untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuninya. Majlis yang sederhana tersebut juga dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA WP Labuan.


Y.Bhg Datin Nafesah beramah mesra denga penghuni Pusat Komuniti
penyampaian sumbangan dan bergambar beramai-ramai dihadapan rumah pusat komuniti


Y.Bhg Datin Noraini Idris dan Ahli-ahli PUSPANITA WP Labuan