Pengerusi PUSPANITA WP Labuan 1983 hingga 2011

Wednesday, October 21, 2009

Berita... Lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak

Perjalanan bermula dengan menaiki bot...kelihatan puan diana telah disimbah ombak pagi....



Kenangan di Pekan Sarikin dan di Bulatan Kuching..semua lawa-lawa belaka



Puan Carol telah memenangi acara menyumpit manakala Puan Mirani dan Datin asyik menumbuk padi yang tak ada!!!



Kenangan di Kampung Budaya...... Puan Mirani, Ketua Rombongan...


Sibuk memilih cenderahati untuk dibawa pulang...yang lain sibuk bergambar kenangan....

hasilnya.........


Pada 15 Oktober hingga 18 Oktober yang lalu, Biro Sosial & lawatan telah berkunjung ke Kuching, Sarawak Pengerusinya Puan Mirani Majidi telah mengaturkan lawatan sepanjang berada di sana. Perjalanan bermula dengan menaiki bot Perbadanan Labuan menuju ke Menumbuk. Kemudian menaiki bas dari menumbuk ke Kota Kinabalu. Seterusnya menaiki kapal terbang menuju ke Bandar Kuching. Perjalanan udara, laut dan darat semuanya ditempuh dengan kesabaran dan akhirnya sampai kedestinasi lewat malam. Ahli PUSPANITA telah dibawa ke Kampung Budaya Sarawak, Kilang Kek Lapis Sarawak Dayang Salha dan ke Sarikin. Tak payah nak cerita panjang-panjang kita tengok gambar sudah cukup merasakan ahli-ahli PUSPANITA semuanya gembira! Syabas kepada Puan Mirani... tahun depan kena buat lagi!

Wednesday, October 14, 2009

FUTSAL! FUTSAL! FUTSAL!

Perlawanan Liga Futsal anjuran PUSPANITA WP Labuan akan diadakan pada 24 Oktober dan 25 Oktober bertempat di Gelanggang Futsal PL, Tanjung Purun. Pertandingan terbuka kepada WANITA Labuan sahaja..... Siapa-siapa yang ada group futsal or baru nak buat group futsal sila dapatkan borang penyertaan di kaunter Perkhidmatan, Wisma PL, Aras bawah atau Kaunter Penguatkuasa, Bangunan Pasar WP Labuan. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sahaja. Hadiah wang tunai menanti anda!!!!! jangan lepaskan peluang...

Tuesday, September 8, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pada 31 Ogos 2009 yang lalu, PUSPANITA WP Labuan tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara perbarisan di Padang Dataran Labuan. Sambutan sederhana itu berlangsung dari jam 07.30 pagi hingga 08.30 pagi. seramai 30 orang ahli PUSPANITA WP Labuan bersemangat untuk menyambut kemerdekaan kali ke 52. Syabas dan tahniah kepada ahli PUSPANITA WP Labuan yang telah memberikan komitmen sungguhpun sambutan Hari Merdeka tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia.



Barisan penuh semangat.... Merdeka tetap sambut kesihatan tetap jaga juga....




Tetap maintain walau panas dan dahaga melanda... cayala...


Monday, September 7, 2009

Aktiviti Biro Kebajikan

Pada sabtu, 5 september 2009, Biro Kebajikan PUSPANITA WP Labuan telah mengadakan program menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim di WP Labuan. Seramai 15 penerima sumbangan di seluruh WP Labuan telah di sampaikan sendiri oleh Pengerusi PUSPANITA WP Labuan dan ahli-ahli yang turut hadir. Sumbangan yang disampaikan setiap tahun ini adalah untuk meringankan beban kepada penerimanya terutamanya menjelang Hari Raya Idil Fitri yang akan disambut tidak lama lagi. Sumbangan adalah berupa wang tunai dan barang makanan harian.


Datin Hjh Dyg Pungut dan Puan Siti Zaharah berkesempatan menyampaikan sumbangan


Ustazah Rohana dan Y.Bhg Datin Noraini bersama penerima warga emas
Puan Sitti Suraya dan beberapa ahli PUSPANITA yang turut hadir

Terima kasih kepada Ahli-Ahli PUSPANITA WP Labuan yang telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan Program penyampaian sumbangan tersebut.

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Kanak-kanak Istimewa di Pusat Komuniti WP Labuan

Pada Jumaat, 4 September 2009, Y.Bhg Datin Nafesah Raja Nong Chik telah sudi berkunjung ke Pusat Komuniti Lazenda untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuninya. Majlis yang sederhana tersebut juga dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA WP Labuan.


Y.Bhg Datin Nafesah beramah mesra denga penghuni Pusat Komuniti
penyampaian sumbangan dan bergambar beramai-ramai dihadapan rumah pusat komuniti


Y.Bhg Datin Noraini Idris dan Ahli-ahli PUSPANITA WP Labuan

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Bacaan Yaasin

Majlis Bacaan Yaasin telah diadakan pada 16 Ogos yang lalu untuk anak ahli-ahli PUSPANITA WP Labuan yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada hujung tahun ini. Majlis juga disekalikan dengan bacaan doa selamat agar dijauhi dari dijangkiti penyakit H1N1. Bacaan Yaasin diketuai oleh Y.Bhg Ustazah Hjh Rohana Ab Kahar. Seramai lebih kurang 40 0rang ahli telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis Bacaan Yaasin di ketuai oleh Ustazah Hjh Rohana Ab Kahar


Kelihatan dalam gambar Hjh Naimah dan beberapa ahli yang lain sedang
khusyuk membaca Yaasin

Wednesday, August 12, 2009

Senarai Nama-Nama Pengerusi PUSPANITA Cawangan WP Labuan

Penaung : Datuk Kamaruddin bin Idris
Pengerusi: Datin Sharifah Nor Azam binti Syed Al Habshi
Tahun : 1983 - 1986

Penaung : Datuk Zainuddin bin Awg Ngah
Pengerusi : Datin Rudhiah binti Hj Arshad
Tahun : 1986 - 1990

Penaung : Datuk Hj Abdul Rahman bin Ali
Pengerusi : Datin Sharifah Maimunah binti Raja Abdullah
Tahun : 1990 - 1992

Penaung : Datuk Nawawi bin Kamaruddin
Pengerusi : Datin Noraini binti Mohammed
Tahun :1992 - 1995

Penaung : Datuk Basri bin Lamsah
Pengerusi : Datin Sharifah Farizah Syed Mohamed
Tahun : 1995 - 2000

Penaung : Datuk Mohd bin Muhammad
Pengerusi : Datin Jamilah Jaafar
Tahun : 2000 - 2001

Penaung : Datuk Hj Mohd Noor bin Moktar
Pengerusi : Datin Azizah binti Abdullah
Tahun : 2001 - 2003

Penaung : Datuk Hj Jamaluddin bin Hassan
Pengerusi : Datin Hjh Azizah binti Hj Khalid
Tahun : 2003- 2004

Penaung : Tuan Hj Abidin bin Arshad
Pengerusi : Puan Hjh Nor Azmi binti Idris
Tahun : 2004 – 2006

Penaung : Dato’ Basiran bin Saban
Pengerusi : Datin Noraini binti Idris
Tahun : 2006 hingga sekarang


kepada sesiapa yang mempunyai gambar-gambar pengerusi sebelum ini boleh menghubungi saya di talian 087-408659