Pengerusi PUSPANITA WP Labuan 1983 hingga 2011

Wednesday, October 28, 2009

Lawatan daripada PUSPANITA Kota Kinabalu

Pada 23 Oktober lalu, PUSPANITA Kota Kinabalu telah sudi berkunjung ke WP Labuan. Tujuan lawatan adalah untuk bersukan, beramah mesra dengan ahli PUSPANITA WP Labuan disamping acara yang paling disukai iaitu membeli belah. PUSPANITA WP Labuan telah meraikan rombongan dengan jamuan makan malam disalah satu restoran yang terkenal dengan makanan laut. Rombongan telah berangkat pulang ke Kota Kinabalu pada 25 Oktober. Diharapkan PUSPANITA Kota Kinabalu berasa senang sepanjang berada di WP Labuan. Semoga berjumpa lagi.



Bergambar kenangan bersama PUSPANITA WP Labuan dan PUSPANITA Kota Kinabalu



Pengerusi Biro Sosial Puan Mirani Majidi(kiri)............ Bertukar cendera kenangan......


Pengerusi PUSPANITA WP Labuan Y.Bhg Datin Noraini (kiri) bersama ketua rombongan PUSPANITA Kota Kinabalu Puan Emily Toyong


Pertandingan Liga Futsal

Pertandingan liga futsal anjuran PUSPANITA WP Labuan telah diadakan dengan jayanya pada 24 Oktober hingga 25 Oktober 2009 di gelanggang futsal Perbadanan Labuan. Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian. Pasukan yang telah berjaya mendapat pertama ialah pasukan SIGMA, tempat kedua jatuh kepada pasukan BERSATU FC dan menduduki tempat ketiga bersama jatuh kepada pasukan TIMBALAI FC dan FOR FUN FC. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang memenangi pertandingan liga futsal ini.



Pemenang... Pasukan SIGMA





Gadis-gadis futsal....maintain ayu gitu....






Wednesday, October 21, 2009

Berita....Rumah Terbuka PUSPANITA WP Labuan

Pada 19 Oktober 2009, PUSPANITA WP Labuan telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri bertempat di kediaman rasmi Y.Bhg Datin Noraini Idris.

Juadah yang menyelerakan...

Antara tetamu yang hadir

Suasana petang raya di penghujung syawal.....


Soto makasar Hjh Simai...nyamannn!

Berita... Lawatan sambil belajar ke Kuching, Sarawak

Perjalanan bermula dengan menaiki bot...kelihatan puan diana telah disimbah ombak pagi....



Kenangan di Pekan Sarikin dan di Bulatan Kuching..semua lawa-lawa belaka



Puan Carol telah memenangi acara menyumpit manakala Puan Mirani dan Datin asyik menumbuk padi yang tak ada!!!



Kenangan di Kampung Budaya...... Puan Mirani, Ketua Rombongan...


Sibuk memilih cenderahati untuk dibawa pulang...yang lain sibuk bergambar kenangan....

hasilnya.........


Pada 15 Oktober hingga 18 Oktober yang lalu, Biro Sosial & lawatan telah berkunjung ke Kuching, Sarawak Pengerusinya Puan Mirani Majidi telah mengaturkan lawatan sepanjang berada di sana. Perjalanan bermula dengan menaiki bot Perbadanan Labuan menuju ke Menumbuk. Kemudian menaiki bas dari menumbuk ke Kota Kinabalu. Seterusnya menaiki kapal terbang menuju ke Bandar Kuching. Perjalanan udara, laut dan darat semuanya ditempuh dengan kesabaran dan akhirnya sampai kedestinasi lewat malam. Ahli PUSPANITA telah dibawa ke Kampung Budaya Sarawak, Kilang Kek Lapis Sarawak Dayang Salha dan ke Sarikin. Tak payah nak cerita panjang-panjang kita tengok gambar sudah cukup merasakan ahli-ahli PUSPANITA semuanya gembira! Syabas kepada Puan Mirani... tahun depan kena buat lagi!

Wednesday, October 14, 2009

FUTSAL! FUTSAL! FUTSAL!

Perlawanan Liga Futsal anjuran PUSPANITA WP Labuan akan diadakan pada 24 Oktober dan 25 Oktober bertempat di Gelanggang Futsal PL, Tanjung Purun. Pertandingan terbuka kepada WANITA Labuan sahaja..... Siapa-siapa yang ada group futsal or baru nak buat group futsal sila dapatkan borang penyertaan di kaunter Perkhidmatan, Wisma PL, Aras bawah atau Kaunter Penguatkuasa, Bangunan Pasar WP Labuan. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sahaja. Hadiah wang tunai menanti anda!!!!! jangan lepaskan peluang...