PUSPANITA WP Labuan telah mengambil peluang untuk menganjurkan program sempena sambutan LISC baru -baru ini iaitu pada 1 mei hingga 3 mei. antara program yang dianjurkan ialah pertandingan pakaian beragam bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun, pertandingan make over make-up, pertandingan gubahan hantaran pengantin, pertandingan mengandam pengantin dan pertandingan gubahan bunga plastik. Semua program yang dianjurkan dikenakan yuran sebanyak RM5.00 sahaja dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pemenang membawa pulang wang tunai yang lumayan selain dapat mengasah bakat yang sedia ada.
Monday, May 18, 2009
Friday, May 8, 2009
Mesyuarat Agung Tahunan peringkat Cawangan WP Labuan dan Majlis Makan Malam pada 11 April 2009
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 20 PUSPANITA WP Labuan telah diadakan pada 11 April 2009 bertempat di Anjung Budaya, Kampung Layang-Layangan. Seramai 130 orang ahli telah menghadirkan diri ke perhimpunan tersebut. Pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru telah dibuat dan menggantikan muka lama ke muka baru. Tahniah! kepada AJK yang baru dilantik untuk sessi 2009 hingga 2011.
Pada malamnya pula Majlis makan malam telah diadakan. Ahli PUSPANITA WP Labuan tidak ketinggalan membuat persembahan bagi menggamatkan lagi suasana. Tahniah juga kepada pemenang pertandingan persembahan. kepada kumpulan yang kurang berjaya cuba lagi ya!!
Aktiviti Kemahiran Memasak
1. Menu Nasi Kebuli & Acar Rampai tunjukcara oleh Puan Abdah Nikman & Datin Noraini Idris pada 21 Mac 2009
Nasi Kebuli & Acar Rampai Datin Noraini...ehmmm potong hati-hati ekk
"beginikah caranya?" mungkin itu yang dikata oleh Puan Connie -Kak Abdah..Cheffff nasi kebuli!
2. Menu Pizza dan Roti Pintal tunjuk cara oleh Puan Puziah Zulkeple dan Puan Darsiah pada 18 April 2009
Puan Darsiah menunjukkan cara-cara membuat pizza
Para peserta mencuba bakat
Hasilnya...yummyyyy!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)